Salam semua…
Ni kali pertama aku ada blog sendiri…perasaan masih bercampur2, tak tahu apa feeling yg sepatutnya aku rasa…
1. Bangga…sbb aku bebas nak letak gambar aku sendiri kat alam maya…aku bakal jadi glamer nanti
2. sedih…sebab aku bakal meluangkan lebih masa utk update blog ni padahal masa tu aku boleh habiskan utk main hide n seek dgn anak aku
3. gembira…mmg la happy sebab aku ni skrg boleh dikategorikan sebagai org yg ikut peredaran zaman (walaupun rata2 budak darjah 6 pun dah ada blog sendiri sekarang…aku je yg lambat baligh IT)
tapi kalau ikutkan sejarah, masa kat sekolah dulu aku ni jenis yg bebal IT…walaupun aku pernah belajar Lotus 123 dulu…tu je la yg aku tahu pun…
sebenarnya, blog aku ni diterbitkan kerana pengaruh rakan sebaya…walaupun dulu aku pernah kena marah dgn cikgu aku…katanya aku ni suka beri pengaruh buruk pada kawan2…
kawan aku isap rokok, dia kata aku yg pengaruh…padahal aku ajak dia teman je aku isap rokok kat dalam store…
kawan aku tak puasa pun aku jugak yg kena tuduh…padahal aku tunjukkan je kat dia kat mana line clear nak makan time bulan puasa…
tapi kali ni aku terpengaruh dgn kawan aku yg aku panggil ijan…dia yg pengaruh aku utk buat blog ni…dia ni seorang student kat UIA…pengaruh dia kat UIA mmg hebat…dia ni berjiwa penakluk…
dia mempunyai satu aliran sendiri…ada pengikut2 sendiri yg mengagung2kan dia sampai sanggup berpuasa pada bulan ramadhan (padahal member ni kalau bulan poser, 5 hari je poser…tu pun time duk kat kampong…takut mak bapak marah)…
so berapa sangat la pengaruh aku pada rakan sebaya aku kalau dibandingkan dia yg sampai pada satu tahap ada org dtg malam2 mintak nombor ekor kat dia…
aku pun sampai nyaris2 nak terjebak dgn aliran dia…nasib baik pegangan aku pada carburetor dan ekzos masih kuat…
so…mungkin satu2nya pengaruh dia yg ada kat aku ialah cara penulisan…mungkin cara penulisan aku ni ada sikit2 cam dia…tapi aku peduli hapa…pegi mampos aaa…sebab dia bukannya pegi buat patent hak cipta pun…
till then, smile…
Good Job!!!...
ReplyDeleteSaya bukan Ijan ...hehehe